Tuesday, 25 September 2012

PEMULANGAN BUKU TEKS 2012


Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa, pihak sekolah akan mula mengumpulkan dan mengagihkan buku teks SPBT seperti ketetapan berikut:

Perkara
Tahun Terlibat
Tarikh & Masa
Pemulangan buku teks 2012
1-5 Kelas masing-masing
      23 Okt 2012 - 9.00 pagi
Pengagihan buku teks 2013
2,3,4,5 & 6 Bilik SPBT
      30 Okt 2012 - 9.00 pagi

2.Sehubungan dengan itu, tuan / puan diminta memberikan kerjasama kepada anak tuan/puan dan pihak sekolah bagi melicinkan kedua-dua proses terbabit.

3.Bagi anak tuan-/puan yang kehilangan buku diminta menggantikan buku tersebut dengan buku ataupun dengan duit berdasarkan harga pada buku tersebut.

4.Buku yang tidak dibawa pada hari yang ditetapkan akan menyebabkan anak tuan/puan ditahan mendapat buku teks 2013 sehingga pemulangan buku teks dibuat.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Wednesday, 19 September 2012

BILIK OPERASI SPBT (BOSS)


MEJA KERJA GURU
RAK FAIL

PAPAN INFO

RAK BUKU

SUDUT SPBT

RUANG KERJA

PAPAN INFO

CARTA ORGANISASI

PINTU MASUK
Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT, sekolah perlulah menguruskan Bilik Operasi SPBT Sekolah dengan efisien. Bilik Operasi SPBT Sekolah diwujudkan dengan konsep bilik ini hanya digunakan sebagai tempat untuk menguruskan SPBT sekolah. Sekolah perlu mengadakan satu sistem pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah yang sistematik.Oleh itu Unit "BOSS SKHM" mengambil tindakan proaktif bagi menjadi pengususan SBPT sekolah berada di landasan yang betul.



VISI SPBT
    
Menjadi Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) sebagai    penanda aras BOSS cemerlang dan pusat carian maklumat bagi Warga SK Hutan Melintang dan komuniti sekitarnya pada tahun 2014.



                                                                      

MISI SPBT

1. Menyediakan prasarana Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS)yang lengkap,selamat, bersih dan ceria
2. Memantapkan pengurusan yang berkualiti
3. Meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum melalui bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkesan
4. Menjalinkan permaufakatan dengan komuniti dan masyarakat setempat




OBJEKTIF SPBT

1. Mengumpul, memproses, menyimpan dan mengedar maklumat


2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.


3. Memberi khidmat runding dan khidmat nasihat


4. Membina program media pengajaran dan pembelajaran.


Monday, 17 September 2012

PERMOHONAN KWAMP 2013

Tawaran permohonan kepada penjaga murid berpendapatan RM760 @ Perkapita 190 dan kurang(Paras Garis Kemiskinan(PGK) .
Keluarga murid mengisi borang permohonan individu KWAPM dan mengemukakan semula kepada pihak sekolah bersama dokumen sokongan seperti di bawah tidak lewat dari tarikh 21 September 2012:-
1 Salinan sijil lahir/kad pengenalan murid yang disahkan
2 Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga yang disahkan.

Borang KWAMP :klik disini

Tuesday, 4 September 2012

BANTUAN KEBAKARAN

Unit Hem dengan kerjasama pihak PPD telah melakukan lawatan ke rumah keluarga pelajar yang mendapat musibah kebakaran rumah.Dan dalam lawatan tersebut pihak sekolah dan PPD akan cuba memberikan bantuan yang sepatutnya bagi meringankan beban keluarga tersebut.